Pada 17 Jun 2013, Isnin, seramai lebih kurang 50 orang guru pemimpin Pandu Puteri Daerah Hulu Selangor telah mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisma Pemimpin. Sasaran peserta kursus adalah terdiri dari 2 orang guru pemimpin Tunas, 2 orang guru pemimpin Remaja dan 2 orang pemimpin Renjerdari sekolah-sekolah di sekitar Hulu Selangor. Pada kali ini guru pemimpin diberi latihan kemahiran ikatan dan gajet.
Jurulatih jemputan adalah En. Sahrom Jaafar, pemimpin pasukan pengakap SMK Syed Masyhor memberi bimbingan dalam kemahiran ikatan dan simpulan. Peserta sangat memberi respon yang positif dan sesi bengkel berakhir pada jam 4.00 petang. Diharapkan semua guru pemimpin yang hadir berkursus dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi bersama dengan semua anak didik pandu puteri sekolah masing-masing.
Jurulatih En Sahrom sedang membuat tunjukcara ikatan yang dipelajari.
Antara hasil gajet yang berjaya dibuat oleh peserta pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan