SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

KURIKULUM

PENGENALAN

Selepas UPSR, murid-murid berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah. Pendidikan menengah terbahagi kepada dua peringkat:
  • Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
  • Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

  1. SMK (Harian)
  2. SM (Bersarama Penuh)
  3. SM Seni dan Sukan
  4. SMT/V
  5. SMKA
  6. SMKAB

PROGRAM KESIHATAN DI SEKOLAH

Pengenalan :-
KPM menubuhkan JK Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) yang di pengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran bagi menangani isu-isu nasional berkaitan 3 aspek di atas. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program 3K ini.
Taarifan
  1. Kebersihan : Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.
  2. Kesihatan: Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek supaya murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri.
  3. Keselamatan: Suasana yang Selamat didalam atau diluar sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri (jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.

Tiada ulasan: