SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Jumaat, 1 Februari 2008

Sambutan Maal Hijrah




Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 23 Muharam 1429H . Majlis ini dimulai dengan bacaan Yassin diketuai oleh penceramah jemputan. Seterusnya, majlis sambutan ini dimeriahkan lagi dengan ceramah agama bersempena dengan tahun baru hijrah. Selesai mendengar ceramah agama semua warga SMKTBR1 menjamu selera dengan bubur lambuk yang dimasak hasil dari gotong-royong pelajar dan guru-guru serta kakitangan sekolah.

Pada majlis sambutan maal hijrah tahun ini, pihak sekolah telah julung kalinya menganugerahkan 2 tokoh maal hijrah pelajar SMKTBR1. Dan anugerah ini telah disandang oleh saudara Mohd. Shaiff Mohd. Nasri dan saudari Khairunnisa Lailee. Penganugerahan ini adalah berdasarkan kepada sumbangan yang telah diberikan oleh kedua-dua pelajar ini kepada pihak sekolah , pencapaian akademik dan perkembangan sahsiah mereka sepanjang berada di SMKTBR1. Semoga dengan adanya pengiktirafan ini akan memberikan motivasi kepada semua pelajar SMKTBR1 supaya lebih ikhlas, bertanggungjawab, dan sentiasa berdisiplin dalam usaha memajukan diri sendiri dan sekolah.
Salam Maal hijrah untuk semua warga SMKTBR1.

Tiada ulasan: