SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Sabtu, 1 Mac 2008

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD HULU SELANGOR 2008




Sepanjang minggu lepas, 25hb - 28hb Febuari Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Selangor telah berlangsung di SMK Syed Mashur Batang Kali. SMKTBR telah menghantar atlit mewakili sekolah dalam beberapa acara. Kontijen SMKTBR1 diketuai oleh En. Zulkaffli Mat Daud diiringi dua orang jurulatih En.Ahmad Niza dan Pn.Suffiah serta seorang guru pengiring Pn. Rasila Hassan.

Tahun ini, setelah menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun SMKTBR telah berjaya muncul menjadi Johan keseluruhan sekaligus membawa pulang piala pusingan ke SMKTBR1. Tahniah kepada krew yang telah berusaha keras bagi memastikan kejayaan ini. Diharapkan untuk tahun seterusnya, piala pusingan itu akan kekal di SMKTBR buat selamanya. Siapa kata SMKTBR tak boleh? Anda telah membuktikannya. Tahniahhhhh.... dari kami warga SMKTBR.

Berikut kedudukan mata 4 sekolah teratas :
  1. SMK TAMAN BUNGA RAYA 1 - 209 mata

  2. SMK SYED MASHUR - 180 mata

  3. SMK BUKIT SENTOSA - 173 mata

  4. SMK BANDAR BARU BATANG KALI - 103 mata


Tiada ulasan: