SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Jumaat, 16 Mei 2008

HARI GURU SMKTBR1




Sambutan Hari Guru SMKTBR1 selesailah sudah. Syabas dan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang telah bertungkus lumus menjayakan sambutan hari guru tahun ini . Beberapa persembahan pelajar seperti tarian, nyanyian, deklamasi sajak, boria dan dikir barat. Bagi memeriahkan sambutan hari guru pelajar-pelajar telah memberi pengiktirafan dengan beberapa anugerah kepada guru-guru yang mereka sayangi. Antaranya Anugerah Guru Paling Ceria, Guru Paling Sporting, Guru Paling Garang, Guru Paling Anggun , Guru Paling low profile dan Guru Paling Popular. Apa-apa pun tahniah kepada guru-guru yang telah memenangi anugerah-anugerah yang telah disediakan oleh pelajar-pelajar sekolah kita. Bagi guru-guru lain anugerah semua itu tidaklah penting. Apa yang lebih penting ialah penghormatan kepada insan yang memberikan ilmu dan juga keberkatan ilmu yang diperolehi oleh pelajar agar boleh digunakan sebagai bekalan hidup suatu hari nanti.

Selain dari sambutan hari guru , pada majlis yang sama juga diadakan majlis persaraan Penyelia Petang yang akan bersara pada bulan Jun nanti iaitu En. Md. Zan Hassan. Antara pesanan En. Md . Zan dalam ucapannya ialah sayangi agama, sayangi keluarga dan sayangi kerjaya. Harapan kami warga sekolah En. Md Zan akan terus memberi sumbangan walau dalam apa bentuk sekalipun kepada pihak sekolah.

Tiada ulasan: