SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Sabtu, 19 Julai 2008

GOTONG ROYONG PERDANA & EFAC

GOTONG ROYONG PROGRAM 3K

Hari ini dua aktiviti telah berjalan serentak. Iaitu gotong royong menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah . Aktiviti ini melibatkan semua warga sekolah, pelajar , guru-guru dan kakitangan sokongan. Tidak lupa ibu bapa juga dijemput hadir. Akan tetapi malangnya tidak ramai yang dapat hadir bersama anak-anak dan guru-guru menceriakan kawasan sekolah. Bagi kaum ibu dan bapa yang telah hadir tahniah dan terima kasih diucapkan. Begitu juga pelajar-pelajar yang telah memberikan kerjasama semasa gotong royong hari ini. Tapi boleh diperhatikan pelajar-pelajar yang hadir bersama-sama guru adalah pelajar yang sama sahaja. Mana agaknya pelajar -pelajar yang lain. Diharapkan pada masa akan datang ,akan bertambah lagi bilangan pelajar yang menyumbangkan tenaga terutama dalam aktiviti gotong royong seperti ini.
" Kebersihan,Keceriaan dan Keselamatan Menjana Kecemerlangan"

Tiada ulasan: