SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Sabtu, 29 November 2008

SELAMAT TINGGAL SMKTBR

Sesi persekolahan 2008 telah pun berlalu. Tahun 2009 menjelang tiba. Persiapan pengurusan bagi sesi persekolahan 2009 sedang rancak dijalankan. Seperti biasa beberapa orang guru akan meninggalkan SMKTBR kerana bertukar ke sekolah lain . Antara guru yang telah mendapat surat pertukaran adalah :
  1. Pn. Zaiton Hj Sangit - SMK Bandar Sg Buaya
  2. Pn. Rumaizah Rahim - Putrajaya
  3. Pn. Rusniza Hussin - Kuala Lumpur
  4. Pn. Nor Azihan Abdullah - Kuala Lumpur
  5. En. Vasu
  6. Pn. Azizah Ariffin
  7. Pn. Azrin Darlina Jamlus

Kepada mereka diucapkan selamat bertugas ditempat baru . Semoga berbahagia hendaknya dan janganlah SMKTBR pula dilupakan.Patah tumbuh hilang berganti. Perginya mereka akan diganti dengan guru-guru baru. Kepada guru-guru baru diucapkan Selamat Datang ke SMKTBR1.

2 ulasan:

aziq berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aziq berkata...

SAYA SYG KT IZATI 1 KEKKWA THN 2008