SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Isnin, 2 Februari 2009

PELANCARAN PROGRAM NILAM & DEAR

Pelancaran Program NILAM dan DEAR telah pun dilaksanakan sewaktu perhimpunan rasmi pagi ini. Perasmian disempurnakan oleh Pn Hjh. Jamilah Hussien .
Apa bezanya NILAM & DEAR?
NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) - Program KPM bertujuan memupuk tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan cintakan ilmu.
DEAR(Drop Everything And Read) - Program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan pelajar-pelajar melaksanakan NILAM . DEAR akan dilaksanakan setiap hari Isnin jam 7.00 - 7.30 pagi dan 12.30 - 1.00 ptg sebelum perhimpunan rasmi.

Kepada semua pelajar SMKTBR anda semua terlibat dalam program ini. Bagi yang telah mula membaca teruskan bacaan anda sehingga ke tahap yang terbaik. Jadikanlah amalan membaca ini amalan hidup kita .

Tiada ulasan: