:::PEMBERITAHUAN::: SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 DALAM PEPERIKSAAN PT3 (9-11 OKT. 2017)...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DIADAKAN PADA 23 OKT.-1 NOV. 2017 ..TAHNIAH KEPADA EN. MHD ARIFF (PK KOKURIKULUM KERANA TELAH DILANTIK SEBAGAI PENGETUA BAHARU SMK SELAYANG......BACAAN SURAH YASSIN DIADAKAN SETIAP HARI JUMAAT...

Ahad, 29 Mac 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE V

Sabtu (28/3/09) Mesyuarat Agung PIBG SMKTBR1 telah selesai disempurnakan dengan perasmiannya oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor , Tuan Hj Suhaimi Rashid. Pada majlis yang sama telah dijalankan Majlis Anugerah Cemerlang bagi pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan PMR & SPM 2008.

Tahniah kepada AJK PIBG sesi 2009/2010. Diharapkan kepada AJK baru yang telah dilantik akan dapat memberi kerjasama yang lebih kepada pihak sekolah dalam usaha menjadikan SMKTBR1 sebagai sebuah sekolah yang terbaik dalam akademik mahupun kokurikulum dalam daerah Hulu Selangor.

2 ulasan:

DOLLAH ALI berkata...

boleh tak senaraikan nama-nama AJK baru itu

DOLLAH ALI berkata...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera...
Saya mengambil kesempatan di ruangan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada SMKTBR1, khususnya kepada penyelia Blog Rasmi Sekolah kerana telah berjaya merialisasikan kemunafaatan zaman ICT dengan mengadakan satu LamanWeb sekolah yang begitu menarik. Saya juga mengucapkan terima kasih banyak kerana di Menu Laman Utama itu telah disediakan ruang menu "PIBG" (walaupun masih "under Construction")dan ini menunjukan menifestasi semangat kerjasama dan persefahaman antara pihak sekolah dan PIBG.

Sebenarnya perkara ini telah pun saya usulkan dan dibincang dalam Mesyuarat AJK PIBG pertama bagi sesi 2009/2010 pada hari Sabtu 11 April 2009 baru-baru ini. Oleh itu saya sangat-sangat berharap agar dapat kiranya ruangan PIBG itu tidak lagi berstatus "under Construction". Untuk itu saya cadangkan pihak Penyelia Blog dapat berhubung dengan S/U PIBG untuk mendapatkan apa-apa bahan yang boleh dimasukan di bawah ruangan PIBG. Buat permulaan mungkin boleh diisi senarai nama AJK baru dengan maklumat perhubungannya, seperti no. telefon, email, alamat dan sebagainya yang membolehkan ahli-ahli PIBG untuk berhubung, memberi komen cadangan atau sebagainya. Ruangan PIBG juga mungkin boleh diisi dengan senarai Biro-Biro dan juga perancangan aktiviti, cadangan projek-projek bagi tahun ini dan sebagainya untuk perhatian awal semua ahli-ahli. Sekian ulasan saya mengenai ruang PIBG dalam Blog Rasmi SMKTBR1. Terima kasih.

HAJI DOLLAH ALI
YDP PIBG 2009/2010