



Pada hari Ahad, 4 Oktober 2009, berlangsunglah program pecutan akhir PMR/SPM dan Motivasi Keibubapaan di dewan SMKTBR (1). Program ini adalah usahasama di antara sekolah dan pihak PIBG. Program ini dirasmikan oleh YB Mohd Isa Kasim selaku ADUN Batang Kali. Program yang dianjurkan ini telah memberikan banyak input kepada pelajar dan ibu bapa yang hadir. Selama 3 jam, penceramah jemputan iaitu Tn Hj Hushim b. Salleh berjaya menarik perhatian sehinggakan tiada seorang pun para jemputan yang meninggalkan dewan tersebut. Program ini diharapkan berupaya membuka minda semua yang hadir untuk sama-sama berganding bahu bagi memastikan kejayaan anak-anak didik SMKTBR(1) dalam peperiksaan PMR dan SPM 2009. Semoga program-program begini dapat diteruskan lagi dan lebih ramai ibu bapa hadir bagi memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan