SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Jumaat, 25 Mac 2011

Kejohanan Olahraga Ke-7 2011

Hari Kejohanan Olahraga Ke-7 2011
SMK Taman Bunga Raya 1
Bukit Beruntung

Sukan Olahraga telah diadakan pada hari Ahad, 6hb Mac 2011 di padang SMK Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung. Acara ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG yang baru iaitu En. Mohd Razaly Abdullah.

Tempat pertama diungguli oleh rumah Al-Farabi (Biru) dan kedua Al-Battani (Ungu). Tempat ketiga pula rumah Ar-Razzi (Hijau), tempat keempat, Al-Khindi (Merah) dan kelima adalah rumah Al-Biruni (Kuning)

Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet dan guru-guru yang bersemangat menjayakan acara kejohanan ini.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang kejohanan berlangsung.



Perbarisan kawad pasukan beruniform


Perbarisan kawad daripada rumah sukan


Acara kejohanan dimulakan dengan pembacaan ikrar oleh wakil pelajar iaitu Nursyuhada' Bakhid


Kejohanan sukan dirasmikan oleh YDP PIBG dengan melepaskan 4 ekor burung tekukur

Gelagat guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan acara sukan. Puan Pengetua nampak lebih muda berkaca mata hitam


Acara larian yang mejadi tumpuan penonton


Penyampaian hadiah kepada pemenang


Acara untuk para guru yang dimenangi oleh rumah Ar-Razzi


Gelagat guru-guru sewaktu acara sukan dijalankan



Tiada ulasan: