SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Selasa, 31 Mei 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Pada 16 Mei 2011 bersamaan hari Isnin merupakan hari yang istimewa buat para guru di seluruh Malaysia kerana telah diraikan dalam sambutan Hari Guru. SMK TBR1 juga tidak ketinggalan mengadakan sambutan hari guru meskipun peperiksaan pertengahan tahun bakal menjelma.



Turut memberi kejutan adalah kehadiran Ahli Parlimen Hulu Selangor YB Kamalanathan.


Pelbagai aktiviti seperti nyanyian, persembahan guru dan pelajar, permainan, dan juga jamuan untuk meraikan guru-guru turut diadakan. Setiap guru menerima hadiah dan ucapan daripada pelajar-pelajar sebagai tanda ingatan dan terima kasih.

Nyanyian daripada semua guru SMK TBR 1 sambil dibantu oleh pasukan koir guru.

Sebilangan ahli pasukan koir yang menyanyikan lagu Hari Guru dengan penuh semangat.

Persembahan istimewa daripada pelajar-pelajar Rancangan Khas yang meruntun hati penonton.

Persembahan pelajar dan beberapa orang guru wanita yang menonjolkan bakat tarian mereka.

Persembahan khas daripada guru-guru praktikum yang berakhir minggu ini.

Persembahan yang berunsurkan nasihat daripada En. Ahmad Nasir dan En. Zulfahmi.

Tiada ulasan: