:::PEMBERITAHUAN:::HARI INI (19 APRIL 2017) DIADAKAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH...UJIAN LISAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS BERMULA PADA MINGGU INI IAITU 17.04.2017 HINGGA 21.04.2017... 22.04.2017 AKAN DIADAKAN KURSUS JAWATANKUASA TERTINGGI BAGI KELAB/PERSATUAN, UNIT BERUNIFORM DAN SUKAN/PERMAINAN...TELAH DIADAKAN UJIAN LISAN BHS. MELAYU PT3...RABU(19 APRIL 2017) AKAN DIADAKAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH...SEKOLAH TELAH MENGADAKAN PERTANDINGAN CATUR MSSD HULU SELANGOR PADA 10-11 APRIL 2017 BERTEMPAT DI DEWAN AL FARABI, SMKTBR1....GOTONG-ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH DIADAKAN PADA 8 APRIL 2017..TAHNIAH KEPADA WAKIL PELAJAR UNIT BERUNIFORM, KRS DIATAS PENERIMAAN SIJIL KURSUS KENAIKKAN PANGKAT KRS PADA 30 MAC 2017...SELAMAT MAJU JAYA KEPADA ATLET SEKOLAH BAGI SUKAN MSSM..RABU 28 MAC 2017 ADALAH PERJUMPAAN SUKAN DAN PERMAINAN...

Selasa, 21 Jun 2011

HARI BERTEMU IBU BAPA

Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Taman Bunga Raya (1) akan mengadakan Hari Bertemu Ibu Bapa sebagaimana butiran berikut:

Hari : JUMAAT

Tarikh : 24 Jun 2011

Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari (Sesi Pagi)

3.30 petang – 6.00 petang (Sesi Petang)

Catatan : Pelajar perlu hadir ke sekolah seperti biasa dan akan bersama ibu bapa ketika sesi pertemuan ibu bapa dan guru.

Sehubungan itu, tuan / puan dijemput menghadirkan diri ke sekolah pada masa yang ditetapkan untuk berbincang mengenai laporan prestasi pelajaran dan sahsiah anak-anak tuan / puan. Tuan / puan diminta berpakaian sopan semasa berada dalam premis sekolah.

Sila ambil perhatian bahawa pelajar hanya dibenarkan pulang bersama ibu bapa / penjaga masing-masing yang datang pada masa yang ditetapkan sahaja. Sekiranya ibu bapa / penjaga tidak datang, atau datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan, maka pelajar perlu menunggu sehingga tamat sesi persekolahan iaitu pada pukul 12.30 tengah hari bagi pelajar sesi pagi dan pukul 6.45 petang bagi pelajar sesi petang.

Untuk makluman, ibu bapa / penjaga yang belum menjelaskan bayaran persekolahan dan yuran PIBG, bayaran tersebut bolehlah dijelaskan melalui guru kelas masing-masing pada hari berkenaan.

Tiada ulasan: