SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Khamis, 20 Disember 2012

Siaran baru 2013 dimulakan dengan kejayaan calon-calon PMR 2012

Pada 19 Disember 2012 keputusan PMR telah diumumkan. Lebih kurang jam 9.30 pagi, beberapa orang pelajar atau calon PMR hadir ke sekolah menanti kedatangan Cikgu Nurulashikin untuk membawakan keputusan mereka daripada PPD Kuala Kubu Bharu.

Ada yang duduk di luar kawasan sekolah, ada yang duduk di Laman Ilmu dan juga di kantin sekolah. Penantian suatu penyeksaan buat mereka. Tidak ketinggalan juga guru-guru yang hadir untuk sama-sama melihat keputusan mereka dan juga ibu bapa yang turut hadir untuk mengambil keputusan bersama-sama anak masing-masing.

Guru-guru kelas telah pun bersiap sedia di dalam dewan. Tatkala jam 11 pagi (lebih kurang) muncul Cikgu Nurulashikin membawa bungkusan yang berisi slip keputusan para pelajar. Guru-guru kelas diminta berkumpul di bilik mesyuarat bagi memudahkan pembahagian slip keputusan mengikut kelas masing-masing.

Tidak lama kemudian, para pelajar dan ibu bapa yang hadir diminta masuk ke dalam dewan untuk mendengar pengumuman yang dibuat oleh Puan Penolong Kanan 1. Dalam pengumuman tersebut, seramai 5 orang pelajar telah mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran. Manakala dua orang pelajar yang mengambil Bahasa Arab mendapat 8A dan 1B serta 8A dan 1C. Mereka adalah Afdzal b. Baharuddin dan Nurizwatul Syahirah bt. Jasni. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Nama-nama pelajar yang mendapat 8A akan dimaklumkan kemudian

Mereka yang mendapat 6A, 7A dan 8A... tahniah!



1 ulasan:

Harmi bin Mohammad Jamil berkata...

Dijemput pasukan bahas sekolah pihak Tuan/Puan untuk menyertai program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di IPGKPI, Bangi.

Segala maklumat lanjut boleh didapati di http://belajardebat.blogspot.com

Terima kasih.