SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Sabtu, 27 April 2013

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM 2012

Pada 27 April 2013 telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Kurikulum 2012 di Dewan Al-Farabi bermula jam 8.00 pagi.  Tetamu Kehormat pada majlis ini ialah Pn Hajah Hamidah bt Abdul Samad  Penolong PPD daerah Hulu Selangor.. Aktiviti tahunan itu diadakan sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik sahaja. Majlis dimulakan dengan ucapan YDP  PIBG, En Razaly bin  Abdullah seterusnya ucapan perasmian oleh Pengetua SMKTBR1 iaitu Pn Nor Hapipah bt Abu Hanif.





  



Antara anugerah yang diberi adalah Tokoh Ibnu Sina PMR, Tokoh Ibnu Sina SPM, Tokoh 1 Malaysia dan Tokoh Sahsiah Terpuji.  Pelajar-pelajar yang cemerlang dan berjaya meraih anugerah tersebut adalah :-
1) Soon Wah Fatt - Tokoh Ibnu Sina PMR
2) Nurul Liyana Nabilah bt Sabri - Tokoh Ibnu Sina SPM
3) Wong Kit Yee - Tokoh 1 Malaysia
4) Khairoon Najwa bt Kamaruzaman - Tokoh Sahsiah Terpuji




Acara persembahan juga dipersembahkan oleh pelajar-pelajar SMKTBR1 yang berbakat dan berpotensi dalam bidang yang dipersembahkan. Syabas dan tahniah. Tahun depan berjumpa lagi....

Tiada ulasan: