:::PEMBERITAHUAN::: SELAMAT MENDUDUKI SPM 2017 KEPADA SEMUA CALON-CALON SPM...SELAMAT DATANG KE SMKTBR DIUCAPKAN KEPADA PK KOKURIKULM PN ROSEMINAH DAN GKMP KEMANUSIAAN PN. NASLAH...

Isnin, 22 April 2013

MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL 2013

TEMA :  
KEMAHIRAN DAN KREATIVITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN
Pelancaran Minggu Teknik dan Vokasional telah diadakan pada 22 April 2013. Minggu Teknik dan Vokasional merupakan program tahunan yang akan diadakan selama 2 minggu iaitu bermula 22 April 2013 hingga 3 Mei 2013. Rasional diadakan minggu ini adalah sebagai pemangkin atau aktiviti sokongan ko-akademik kepada semua pelajar yang mengambil mata pelajaran tersebut.   Berbagai aktiviti telah dirancang oleh guru-guru yang terlibat seperti Kuiz Harian, Pertandingan Menghasilkan Montaj, Teka Silangkata dan lain-lain. Besarlah harapan guru-guru yang terlibat agar minggu ini berupaya menjadi pemangkin dan kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang pentingnya ilmu dan kemahiran untuk jaminan dimasa hadapan.

Majlis Pelancaran Minggu Teknik dan Vokasional



2 ulasan:

azmis berkata...

tahniah buat semua yg terlibat memastikan majlis pelancaran berjalan lancar. T.kasih.

Fatimah berkata...

Best... tahniah buat guru-guru yang terlibat dalam pembikinan gimik Pelancaran Minggu Teknik dan Vokasional 2013.