SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Isnin, 29 April 2013

PELANCARAN iTR1M SMKTBR1

Majlis Pelancaran iTR1M telah disempurnakan oleh En Che Zainuddin CheMohd Noor selaku PK HEM hari ini. Majlis walaupun ringkas tetapi telah mencapai matlamatnya dengan penyerahan ID dan password pelajar tingkatan 5 kepada guru tingkatan masing-masing. Pn Norazlina selaku penyelaras iTR1M 2013 memulakan majlis dengan memberi penerangan ringkas kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang terlibat. Pelajar-pelajar SMKTBR1 bertuah kerana telah terpilih dalam program iTR1M ini. Program iTR1M (Interaktif Tiusyen Rakyat 1Malaysia) ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar belajar diluar waktu persekolahan menggunakan internet. Mudah-mudahan dengan kemudahan ini pelajar mengambil peluang menjadikannya sebagai satu lagi alternatif bagi mereka membuat ulangkaji dan latihan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM.



Tiada ulasan: