SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Selasa, 18 Jun 2013

LADAP KE 4 SMKTBR1

LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) yang ke 4 bagi semua guru SMKTBR1 berkaitan dengan SPSK telah berjalan lancar di Dewan Al Farabi  sabtu lepas (15 Jun 2013). Penceramah jemputan ialah Pn Azura dari SMK Gedangsa. Latihan Dalam Perkhidmatan ini bermula jam 9 pagi dengan penerangan tentang SPSK oleh Pn Azura secara lebih mendalam. Sebelum ini semua guru masih kabur dengan pelaksanaan SPSK tetapi selama lebih kurang 3 jam dengan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah sedikit sebanyak memberi input yang baru kepada semua guru terutamanya ketua-ketua panitia dan juga penyelaras-penyelaras kualiti yang telah dilantik. Diharapkan selepas ini ilmu yang diperolehi dimanfaatkan segera bagi mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan sekolah khasnya.
Semoga berjaya.


 Penceramah jemputan Pn Azura Januddin sedang memberi 
maklumat kepada Kaunselor Pn Rohaida.


Guru-guru sedang berbengkel dalam Ladap SPSK

Tiada ulasan: