SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Ahad, 7 Julai 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 10 SMKTBR1

Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 10 berlangsung meriah hari ini di padang SMKTBR1. Tahun ini Timbalan Menteri Pelajaran, YB P. Kamalanathan hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian penutup acara kejohanan. Turut sama hadir ialah Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor Tn Hj Zainal Abidin Mohd. Yusof.
Acara kejohanan tahun ini agak meriah dengan bertemakan Superhero (Adiwira). Seperti biasa pembukaan acara kejohanan dimulakan dengan perbarisan dari rumah-rumah sukan yang bertanding dan unit-unit berunifom. Tahun ini Rumah Biru muncul juara lagi. Syabas diucapkan kepada atlet-atlet yang menang dan yang telah memberi kerjasama kepada guru rumah sukan masing-masing. Tahniah juga kepada guru-guru yang telah memberi komitmen dengan tugas masing-masing. Tanpa ada kerjasama dari semua pihak kejohanan sukan  tahun ini tidak dapat dijalankan dengan lancar. 









Tiada ulasan: