SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Khamis, 30 Januari 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 30 Januari 2014. Program yang diterajui oleh Panitia Agama Islam bermula seawal 7.30 pagi.  Warga SMKTBR telah berarak dan berselawat beserta sepanduk yang dihasilkan sendiri oleh Unit-Unit Uniform yang mengambil Bahagian. Pertandingan Selawat dan Sepanduk juga telah diadakan. JOHAN bagi kategori sepanduk diunguli oleh Pasukan Pandu Puteri manakala JOHAN bagi kategori selawat pula diungguli oleh Pasukan Kadet Polis.  Warga SMKTBR juga berpeluang mendengar ceramah dan alunan lagu nasyid yang memuji junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.




 ANTARA GURU YANG CERIA DAN BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN PERARAKAN















JUARA PERTANDINGAN SELAWAT - PASUKAN KADET POLIS




Pelajar-pelajar yang bukan beragama Islam pula mendengar motivasi oleh penceramah yang dijemput khas. Mereka berada di bilik seminar sepanjang tempoh motivasi berikut diadakan.



CERAMAH MOTIVASI OLEH DR.ALAGAN, KAUNSELOR DARI UNIVERSITI MALAYA.


Tiada ulasan: