SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Rabu, 13 Februari 2008

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 4 SMKTBR1

Beberapa acara awal telah berjaya dijalankan pada hari Selasa dan Rabu. Antaranya ialah acara padang seperti lontar peluru , lompat jauh, lompat tinggi , lompat kijang (lelaki sahaja) , 800m dan 4x100m lari berganti-ganti bagi semua kategori. Acara tarik tali bagi kategori lelaki dan wanita juga telah dijalankan bagi menentukan tempat ke 3 dan ke 4. Bagi acara 200m pula adalah acara saringan. Seramai 6 peserta sahaja yang akan dipilih memasuki peringkat akhir.

Selepas beberapa acara akhir telah berlangsung , rumah biru menunjukkan prestasi yang sungguh cemerlang. Peningkatan yang sangat baik ini harus dicontohi oleh semua atlit dari rumah sukan lain. Apa-apa pun tahniah kepada semua atlit SMKTBR yang menunjukkan semangat sukan yang tinggi. Diharapkan kejayaan anda pada peringkat awal ini akan membawa kejayaan kepada sekolah dan daerah Hulu Selangor.

Klik pautan untuk melihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang dua hari acara telah berlangsung : GAMBAR

Tiada ulasan: