:::PEMBERITAHUAN::: SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 DALAM PEPERIKSAAN PT3 (9-11 OKT. 2017)...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DIADAKAN PADA 23 OKT.-1 NOV. 2017 ..TAHNIAH KEPADA EN. MHD ARIFF (PK KOKURIKULUM KERANA TELAH DILANTIK SEBAGAI PENGETUA BAHARU SMK SELAYANG......BACAAN SURAH YASSIN DIADAKAN SETIAP HARI JUMAAT...

Sabtu, 16 Februari 2008

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 4 SMKTBR1 2008


Hari kemuncak Olahraga Tahunan Kali yang ke 4 SMKTBR1 telah berjaya disempurnakan dengan begitu meriah di padang SMKTBR1 hari ini. Acara dimulai dengan perbarisan unit-unit beruniform diikuti oleh kontijen rumah sukan iaitu Rumah Ungu (Hang Lekiu), diikuti oleh Rumah Kuning(Hang Jebat), Rumah Hijau(Hang Kasturi), Rumah Merah(Hang Tuah) dan Rumah Biru (Hang Lekir). Semua kontijen perbarisan rumah sukan membawa maskot masing-masing bertemakan "Futuristik".

Tahun ini Rumah Biru telah muncul menjadi johan dengan mendapat 474 mata, jauh mendahului rumah-rumah yang lain. Bagi hiasan khemah dan perbarisan kontijen rumah sukan pula telah dimonopoli oleh Rumah Hijau.

Olahragawati 2008 telah dimenangi oleh Normariana Omar atlit Rumah Merah manakala Olahragawan pula dimenangi oleh Azizul Haqeem atlit Rumah Kuning. Tahniah kepada semua pelajar dan guru rumah sukan yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan kejohanan olahraga tahun ini. Anda semua memang hebat. Lagi laporan bergambar ..... GAMBAR

1 ulasan:

joshua berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.