Agak lama juga blog sekolah tidak dikemaskinikan. Bagi pelajar-pelajar yang sentiasa mengikuti perkembangan sudah tentu ternanti-nanti apa berita terkini dari sekolah.
Kita sudah memasuki minggu ke 3 bulan Julai. Minggu hadapan warga sekolah akan menghadapi Ujian Bulanan ke 2. Bagi pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR , masa sudah semakin hampir. Pada hari Rabu yang lepas Kelab Seni Kreatif telah menganjurkan aktiviti Ikrar Pelajar PMR 2008. Dibawah bimbingan Puan Ruhani Yusof dan Puan Zakiroh Baharom, pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah melafazkan Ikrar dan seterusnya meletakkan cap tapak tangan mereka di atas sehelai kain putih. Turut sama meletakkan cap tapak tangan ialah Puan Pengetua , Pn. Hajah Jamilah dan Penolong Kanan 1 , Pn.Supiah Senin. Aktiviti ini adalah sebagai peringatan akan janji mereka untuk berusaha mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan PMR nanti. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang .
1 ulasan:
I LUV U IZATI 1 KEKKWA THN 2008 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Catat Ulasan